Mark Zuckerberg Membuang Lebih 11,000 Orang Pekerja Dari Meta

Diterbitkan pada Nov 9, 2022. oleh .

Mark Zuckerberg hari ini secara rasminya mengumumkan Meta akan mengurangkan seramai 13% angka pekerja mereka, membawa kepada pembuangan lebih 11,000 orang pekerja dari Meta.

Untuk makluman, ini merupakan pertama kali Meta mengurangkan angka pekerja dengan drastik. 

Mark Zuckerberg mengatakan ketika permulaan Covid, ramai menyasarkan arena digital akan berkembang pesat dan akan kekal selepas Covid reda. Mark Zuckerberg turut menyasarkan perkara berkenaan, sekaligus meningkatkan pelaburan dengan drastik atas beberapa perkara.

Namun, perkara tersebut tidak berlaku, tetapi membawa kepada lebih persaingan, kesan makro-ekonomi, dan pengurangan pendapatan – membuatkan terpaksa mengambil langkah ini.

Meta juga turut mengurangkan kos pada perniagaan mereka, termasuk mengurangkan bajet, mengurangkan pelbagai kelebihan, dan mengurangkan ruangan sewa.

Walaubagaimanapun, Mark Zuckerberg mengatakan akan menawarkan pampasan yang sebaiknya kepada mereka yang terkesan.

Meta juga akan berhenti mengambil pekerja baharu sehingga awal 2023 kelak.

komen


© Amanz / 2023 Kami