Sony Menggantikan Nama IMX Kepada LYTIA Untuk Sensor Kamera Peranti Mudah Alih

Diterbitkan pada Nov 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony Semiconductor Solutions atau SSS baru-baru ini telah memperkenalkan LYTIA, sebagai jenama untuk sensor kamera peranti mudah alih mereka. LYTIA akan menggantikan nama IMX yang sedang digunakan sekarang.

Menurut Sony, LYTIA adalah gabungan dua perkataan iaitu Lyra yang bermaksud buruj dan light iaitu cahaya. Mereka ingin menawarkan sensor yang di luar jangkaan pengguna melalui penjenamaan baharu ini. Buat masa ini, Sony masih tidak mengumumkan mana-mana sensor baharu dengan penggunaan nama baharu ini dan yang sedia ada di pasaran akan kekal dengan nama IMX – seperti Sony IMX 989 iaitu sensor 1″ dengan kerjasama Leica.

Sony juga akan terus bekerjasama dengan pengeluar peranti untuk menjayakan nama LYTIA ini. Apakah peranti pertama yang menggunakan sensor Sony LYTIA? Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami