Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini sedia menyatakan akan mengintegrasikan sokongan perkhidmatan Apple pada beberapa produk mereka. Kini, memulakannya, Microsoft telah mula memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Photos, menawarkan integrasi iCloud Photos padanya.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan pengguna iPhone atau produk Apple lain, mengakses gambar-gambar mereka dengan mudah melalui aplikasi Photos pada Windows 11.

Kemaskini untuk aplikasi Photos ditawarkan bermula hari ini, dan semua pengguna dijangka menerimanya dalam bulan ini.

Bagi para pengguna Windows 11 yang ingin mencubanya, anda perlu mengemaskini aplikasi Photos melalui Microsoft Store, dan kemudiannya turut memasang aplikasi iCloud untuk Windows sebelum dapat menghubungkan akaun anda ke aplikasi Photos.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd