WhatsApp Beta Kini Memudahkan Anda Menghantar Mesej Kepada Diri Sendiri

Diterbitkan pada Nov 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp kini telah memperkenalkan kemaskini pada WhatsApp Beta, sekaligus menyertakan salah satu ciri menarik, iaitu kebolehan menghantar mesej kepada diri sendiri.

Pilihan menghantar mesej kepada diri sendiri ini ditawarkan apabila anda ingin memulakan perbualan baharu. Langkah ini membolehkan anda menyimpan sejumlah informasi atau gambar dengan mudah untuk rujukan kemudian masa – atau mungkin menjadikan ia sebagai nota peribadi anda.

Ciri ini juga memudahkan anda menghantar mesej kepada diri sendiri tanpa perlu menyimpan nombor telefon peribadi anda.

Salah satu perkara berbeza yang kami turut amati adalah ia mengaktifkan ciri tanda biru secara automatik untuk perbualan dengan diri sendiri – walaupun ia dimatikan untuk semua perbualan yang lain.

Dengan penawaran ciri ini pada WhatsApp Beta, kita mungkin melihat ia diperkenalkan secara rasmi dalam beberapa minggu lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami