Cari @ Amanz

Walaupun Spotify ada masalah dengan Apple, seperti tidak puas hati dengan mendakwa Apple adalah anti-pesaing dengan tidak membenarkan mereka menjual e-buku melalui aplikasi sehingga kemaskini untuk iOS ditolak beberapa kali. Spotify masih ingin pengguna iOS mereka menerima pengalaman penggunaan terbaik.

Terkini, Spotify telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Apple Watch mereka. Melalui kemaskini ini, pengguna lebih mudah mengakses kandungan di Your Library dan boleh terus muat turun muzik atau podsiar untuk pendengaran luar talian dengan aksesori audio.

Spotify turut menawarkan seni album yang lebih besar, animasi baharu yang lebih lancar serta kemampuan menatal untuk menyukai sesebuah lagu. Episod baharu untuk sesuatu podsiar turut akan mempunyai titik biru bagi memudahkan pengguna membezakan episod lama dan yang terkini.

Kemaskini sudah diedarkan secara berperingkat, namun ia masih tidak kelihatan pada Apple Watch Series 8 yang saya gunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd