Amazon Menjadi Syarikat Pertama Kehilangan $1 Trilion Nilai Pasaran

Diterbitkan pada Nov 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Empat tahun yang lalu, Amazon menjadi syarikat kedua dalam sejarah mencapai nilai pasaran $ trilion. Namun begitu mengikut laporan Bloomberg, Amazon kini juga memegang rekod sebagai syarikat pertama dalam sejarah dunia kehilangan $1 trilion nilai pasaran.

Nilai pasaran semasa Amazon ialah $879 bilion berbanding $1.88 trilion pada Julai 2021. Saham syarikat menurun kerana faktor permintaan ke atas edagang yang berkurangan pasca pandemik, inflasi, dan kadar faedah yang tinggi. Tahun ini sahaja lima syarikat teknologi terbesar Amerika Syarikat mencatatkan pengurangan nilai pasaran mencecah $4 trilion.

komen


© Amanz / 2023 Kami