iPhone Boleh-Lipat Pertama Dihasilkan Di China

Diterbitkan pada Nov 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple masih belum memasarkan iPhone skrin boleh-lipat dengan beberapa ramalan mengatakan peranti pertama dalam kategori ini oleh mereka adalah sebuah iPad. Di China, saluran YouTube 科技美学 yang tidak lagi mahu menunggu dan menghasilkan sendiri sebuah iPhone boleh-lipat.

Proses membangunkan iPhone ini mengambil masa 200 hari dan mengorbankan 37 skrin berbeza untuk mencari komponen yang paling sesuai. Bahagian tubuh sebuah Motorola Razr digunakan sebagai ganti kerangka iPhone yang tidak boleh dilipat. Walaupun prototaip ini berjaya dihasilkan ia tidak tahan lama. Skrin mula rosak dan pecah selepas beberapa hari digunakan.

Jelas untuk menghasilkan telefon boleh-lipat bukanlah sesuatu yang mudah. Maka tidak mengejutkan Apple menanti masa yang sesuai dan menanti teknologi untuk menjadi lebih matang sebelum menghasilkan pesaing kepada Z Flip dan Razr.

komen


© Amanz / 2022 Kami