Apple Mengehadkan Ciri AirDrop Kepada “Semua Orang” Selama 10 Minit Di China

Diterbitkan pada Nov 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AirDrop adalah ciri penghantaran fail yang cukup baik untuk pengguna produk Apple. Apple menawarkan tiga pilihan pada AirDrop, iaitu “Hanya Hantar” (Receiving Off), “Hanya Kenalan” (Contacts Only) dan “Semua Orang” (Everyone) untuk memudahkan pengguna membuat pilihan ingin menggunakan yang mana satu.

Kini, Apple telah mengehadkan ciri AirDrop “Semua Orang” kepada 10 minit untuk pengguna di China melalui kemaskini iOS 16.1.1. Ini bermakna, jika ciri ini dihidupkan pengguna hanya ada masa 10 minit untuk menerima fail daripada penghantar.

Menurut sumber, ciri ini diperkenalkan bagi mengelakkan poster yang menentang presiden China – Xi Jinping. Ciri AirDrop ini turut hanya boleh digunakan pada iPhone yang dibeli di China dan tidak boleh digunakan pada iPhone-iPhone negara lain.

Walau bagaimanapun, Bloomberg mendedahkan yang Apple mungkin akan menawarkan ciri ini kepada semua pengguna iPhone bermula tahun hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami