Jam Tangan Suunto 9 Peak Pro Boleh Dipratempah Di Malaysia Bermula RM2699

Diterbitkan pada Nov 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jam tangan Suunto 9 Peak Pro telah dilancarkan sebelum ini dengan beberapa ciri dan fungsi yang ditambahbaik berbanding model terdahulu. Ini termasuklah jangka hayat bateri lebih panjang mencapai 21 hari dan antaramuka baharu yang lebih mudah digunakan.

Bagi yang berminat, ia boleh dipratempah di Malaysia dengan harga bermula RM2,699 untuk variasi Forest Green, Ocean Blue, Pearl Gold dan All Black. Ia kemudiannya meningkat kepada RM3,199 pula untuk variasi Titanium Slate dan Titanium Sand. Ketersediaan adalah menerusi beberapa saluran berbeza seperti Lazada, Shopee, Solar Time dan pengedar sah Suunto di seluruh Malaysia. E-baucar bernilai RM500 dan beberapa aksesori tambahan Suunto turut diberi secara percuma untuk setiap sesi pratempah.

Suunto 9 Peak Pro dilengkapi kerangka jam berbentuk bulat yang diperbuat daripada Titanium Grade 5/Stainless steel. Skrin adalan sebesar 1.2-inci dengan padanan kaca Sapphire crystal untuk pelindungan tambahan. Maklumat mengenai cip pemprosesan tidak didedahkan tetapi ia dikatakan lebih berkuasa di samping mampu menawarkan jangka hayat bateri lebih baik.

Melaluinya, Suunto 9 Peak Pro diiklankan mampu beroperasi sehingga 21 dengan penggunaan yang kerap sebelum perlu dicas semula. Dengan kebolehan pengecasan pantas yang disertakan, jam tangan ini boleh dicas mencapai tahap 100% dalam hanya 1 jam.

Melengkapi jam tangan ini adalah sejumlah sensor kesihatan dan kecergasan terbina untuk pemantauan oksigen dalam darah, kadar degupan jantung, pengesanan aktiviti 24/7, pola waktu tidur dan status tekanan serta pemulihan. Di samping itu, ia juga menawarkan sehingga 97 mod sukan dan salah satunya adalah mod snorkeling khusus untuk menyelam.

komen


© Amanz / 2022 Kami