Carian
Apple Memperlihatkan Peningkatan Drastik Pegangan Pasaran Telefon Di Malaysia – Kini Ditangga Ke-5
November 10, 2022 Aman

Canalys kini telah mengeluarkan data semasa untuk pegangan pasaran dalam arena telefon pintar. Menduduki tangga pertama adalah Xiaomi dan Samsung – masing-masing dengan pegangan sebanyak 25%.

Menariknya melalui data yang dikongsikan juga adalah Apple, yang mana dilihat memperlihatkan perkembangan sebanyak 70% dari tahun sebelumnya.

Perkara ini turut membawa Apple menjadi jenama ke-5 dengan pegangan pasaran yang tinggi di Malaysia.

Peningkatan pada suku ketiga 2022 ini dilihat selari dengan penawaran iPhone 14 baharu di Malaysia yang dilihat tidak dapat menampung permintaan – terutamanya siri iPhone 14 Pro, memperlihatkan tempoh penghantaran melangkaui sebulan sekiranya melakukan pembelian pada hari ini.

Komen