GitHub sedia memperkenalkan ciri pembantu dalam mengaturcara, dinamakan CoPilot – dimana ia menggunakan kecerdasan buatan dalam memudahkan para pengaturcara dengan mencadangkan sejumlah barisan kod dengan pantas.
Disamping itu, kini GitHub turut mengacah sebuah teknologi baharu yang sedang dibangunkan, iaitu “Hey GitHub”.

Melalui “Hey GitHub”, ia menggunakan sokongan arahan suara dalam menerima arahan secara input suara daripada pengaturcara, dan mengubahnya kepada dalam bentuk kod.
Buat masa ini, sokongan ini masih terhad, dan berfungsi pada perisian VS Code. Beberapa arahan suara boleh diberikan, dan ia merealisasikannya dalam bentuk kod. GitHub masih bereksperimen dengan ciri ini, dan anda yang berminat boleh mendaftar minat pada hari ini pada laman rasmi “Hey GitHub”.