Apple iPad Dan iPad Pro Baharu Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Harga Bermula RM2099

Diterbitkan pada Nov 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple iPad dan Apple iPad Pro baharu akhirnya boleh dibeli di Malaysia hari ini. Apple iPad generasi ke-10 ini dilengkapi skrin 10.9-inci dengan paparan Liquid Retina, dijana dengan cip Apple A14 Bionic, memori 4GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 12MP, kamera swafoto 12 MP, serta sambungan WiFi 6 dan sokongan rangkaian 5G bagi versi selular.

Dari segi aksesori, iPad juga turut menyokong papan kekunci Magic Keyboard Folio dan Apple Pencil generasi pertama. Keunikan model iPad tahun ini ialah ia dilengkapi port USB-C buat pertama kali dan seragam rekaannya dengan iPad Pro serta iPad Air dimana tiada lagi butang home fizikal. Sebaliknya sistem imbasan cap jari Touch ID diletakkan pada butang kuasa. Ia hadir dengan sistem operasi iPadOS 16

Di Malaysia, iPad generasi ke-10 ini ditawarkan pada harga bermula RM2099 untuk versi WiFi 64GB dan RM2849 untuk versi 5G 64GB dalam pilihan warna kuning, biru, merah jambu dan perak.

Sementara itu iPad Pro generasi ke-6 ini hadir dengan skrin 12.9″ dan 11″ 120Hz ProMotion. Kedua-dua tablet ini juga menyertakan sokongan input Apple Pencil Gen-2 yang boleh diletakkan pada sisi tablet untuk pengecasan semula.

Ia dijana cip Apple M2, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB, dan bateri 7538/10758 mAh. Kamera utama pula 12MP sudut lebar, 10MP ultra sudut lebar dan sensor 3D ToF. Di hadapan pula kamera 12MP digunakan bersama dengan sokongan Face ID. Seperti iPad Gen-10, iPad Pro Gen-6 turut menggunakan sistem operasi iPadOS 16.

Di Malaysia, Apple senaraikan penawaran tablet iPad Pro bersaiz 11-inci pada harga bermula RM3899, sementara model 12.9-inci pula hadir pada harga bermula RM5399.

komen


© Amanz / 2022 Kami