Carian
Ciri Panggilan Satelit Pada iPhone 14 Akan Diaktifkan Penghujung Bulan Ini
November 11, 2022 Effi Saharudin

Sir iPhone 14 dan 14 Pro boleh melakukan panggilan kecemasan menerusi sambungan satelit. Walaupun ciri ini diiklankan ketika pelancaran peranti September lalu, ia hanya akan diaktifkan pada penghujung bulan ini. Apple mengatakan mereka melaburkan $450 juta ke dalam infrastruktur Globalstar bagi menawarkan ciri ini kepada pelanggan mereka di Amerika Syarikat.

Globalstar mempunyai 24 satelit orbit bumi rendah yang membolehkan bukan sahaja panggilan telefon dilakukan ketika kecemasan tetapi juga menghantar SMS lengkap dengan maklumat GPS bagi membolehkan lokasi dijejak apabila diperlukan.

Pada waktu ini ciri kecemasan ini akan ditawarkan percuma selama dua tahun kepada pemilik siri iPhone 14 dengan pelan langganan belum diumumkan. Sokongan di luar Amerika Syarikat juga belum disahkan.

Komen