Elon Mengatakan Twitter Mungkin Muflis Dan Beberapa Eksekutif Utama Letak Jawatan
Effi Saharudin
Era Elon Musk bermula dengan ribuan kakitangan telah dibuang kerja sebagai langkah pengurangan kos. Kemudiannya Musk melancarkan langganan Twitter Blue baharu dengan pengesahan calit biru yang kini menyebabkan ratusan akaun palsu muncul sehingga sukar untuk membezakan akaun rasmi dengan akaun sebenar. Pendek kata era Musk menyebabkan laman yang dahulunya tenang kini bergolak.

Terkini dalam pertemuan dengan kakitangan, Musk tidak menolak kebarangkalian syarikat mungkin akan muflis dan kakitangan perlu menghadapi pelbagai cabaran dalam masa terdekat. Tindakan Musk sendiri telah menyebabkan pengiklanan ditarik oleh beberapa jenama utama.
Ini tidak membantu Twitter yang mengalami kerugian $4 juta sehari. Aliran tunai negatif mencecah berbilion dollar dijangka akan berlaku di Twitter.Pada waktu yang sama Elon kini mewajibkan kakitangan untuk kembali bekerja di pejabat. Mereka yang gagal berbuat demikian digalakkan untuk meletakkan jawatan.
Dalam perkembangan lain, beberapa eksekutif utama Twitter dalam bahagian keselamatan,, privasi dan pematuhan kesemua telah meletakkan jawatan.
[sumber] Sumber – The Information [/sumber]