Cip Mediatek Pentonic 1000, Kompanio 520 Dan 528 Untuk TV4K Serta Chromebook

Diterbitkan pada Nov 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MediaTek melancarkan tiga lagi cip baharu yang menyasarkan penggunaan pada TV pintar 4K dan juga komputer Chromebook. Cip MediaTek Pentonic 1000 misalnya ialah cip yang dilengkapi CPU Arm Cortex-A73 empat teras dan GPU Arm Mali-G57 MC2.

Menerusi cip ini, paparan skrin sehingga 4K 120Hz atau 4K 144Hz secara VRR boleh disokong. Visual Dolby Vision dan HDR10 turut boleh dipaparkan. Sistem AI Super Resolution pula meningkatkan resolusi video rendah ke lebih tinggi. Sementara itu sistem audio Dolby Atmos turut disokong. Jenis codec VVC, HEVC, AV1 dan AVS3 turut boleh dimainkan.

Sementara itu cip MediaTek Kompanio 520 dan 528 pula adalah untuk komputer Chromebook. Kedua-dua cip mempunyai konfigurasi teras yang sama cuma kelajuan berbeza. Kompanio 520 dilengkapi dua CPU Cortex-A76 2.0GHz dan enam CPU Cortex-A55. Sementara itu Kompanio 528 pula dilengkapi dua CPU Cortex-A76 2.2 GHz dan enam CPU Cortex-A55. GPU pula adalah sama Mali-G52 MC2 2EE.

Dengan konfigurasi ini cip boleh memainkan video H.265 dan VP9. Kamera sehingga 32MP juga boleh digunakan. Resolusi skrin tertinggi yang boleh digunakan pula adalah FHD+ 60Hz. Komputer riba Chromebook yang menggunakan cip ini pula akan mula dikeluarkan tahu hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami