Unifi Business Menawarkan 3 Perkara Ini Untuk Membantu Perniagaan Anda

Diterbitkan pada Dis 9, 2022. oleh .

Setiap individu mempunyai definisi yang tersendiri kepada kehidupan yang kita masing-masing inginkan. Saya yakin, pastinya ada di antara pembaca Amanz pernah terfikir untuk menjadi usahawan yang berjaya dengan matlamat untuk memperbaiki taraf kehidupan. Namun bagi seseorang yang baru kali pertama ingin memulakan perniagaan, ilmu pengetahuan dalam menguruskan perniagaan mungkin sedikit terhad.

Dengan penawaran daripada Unifi Business, ia mungkin sedikit sebanyak membantu anda untuk dapatkan bantuan dari segi pengurusan perniagaan dengan lebih baik dan mudah. Unifi Business menawarkan penyelesaian 3-dalam-1. Ia menyediakan satu ekosistem yang menyeluruh untuk membantu usahawan dari segi sokongan internet bermula dari 100Mbps hinggalah 800Mbps, konsultasi, penyelesaian digital serta penawaran perkhidmatan khusus untuk perkembangan produktiviti perniagaan. Antara kemudahan yang ditawarkan adalah :

1. Unifi eCommerce Hub – Membantu Perniagaan Menjadi Lebih Sistematik

Menguruskan perniagaan kadang kala boleh menjadi satu perkara yang merunsingkan, lebih-lebih lagi apabila sistem pengurusan perniagaan tidak sistematik. Melalui penawaran Unifi eCommerce Hub, ia membolehkan anda untuk memaksimakan peluang pertumbuhan perniagaan dengan lebih lancar, merangkumi pelbagai aspek pengurusan sistematik termasuk khidmat pelanggan.

Buat anda yang belum tahu, Unifi eCommerce Hub merupakan sebuah pusat sehenti untuk anda menguruskan semua data dan maklumat perniagaan e-dagang seperti inventori, maklumat pelanggan dan sebagainya melalui sistem Point of Sales (POS). Selain menguruskan data, ia juga menawarkan perkhidmatan untuk menghasilkan laman web dengan mudah yang dilengkapi dengan ciri live chat, pembayaran atas talian dan juga sistem untuk memproses penghantaran.

Anda juga boleh dapatkan bantuan untuk menguruskan sebarang pertanyaan daripada pelanggan anda di media-media sosial melalui pengurusan khidmat pelanggan yang disediakan oleh Unifi Business. Jelas disini menunjukkan bahawa penawaran ini bagus untuk dilanggan jika anda inginkan ketenangan minda dan ingin memberikan pengalaman penggunaan serta pembelian yang baik kepada pelanggan anda. Jadi berikut merupakan pelan daripada Unifi Business yang anda boleh pertimbangkan untuk dapatkan sistem pengurusan perniagaan e-dagang yang lebih sistematik.

2. Unifi Cloud Storage – Storan Awan Yang Besar, Fleksibel Dan Selamat

Setiap perniagaan akan dibanjiri dengan pelbagai maklumat dan data yang memerlukan ruangan untuk disimpan bagi satu tempoh masa. Dalam masa yang sama, anda juga perlu memastikan data yang disimpan adalah selamat dan tidak boleh diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Oleh sebab itu anda memerlukan storan yang besar, fleksibel dan selamat seperti Unifi Cloud Storage.

Storan awan daripada Unifi Business terletak di Malaysia yang juga merupakan pusat data hijau TM tahap ketiga. Pusat data tahap ketiga ini merupakan gabungan sistem dan penambahbaikan yang dibuat daripada pusat data tahap pertama dan kedua. Melalui kebolehan ini, sistemnya dapat beroperasi sehingga 99.98% sepanjang masa dan mempunyai kebarangkalian untuk mengalami masalah hanya 1.6 jam sahaja setiap tahun. Lebih baik daripada pusat data tahap pertama dan kedua.

Memandangkan sistem storan awan ini berada di Malaysia, proses untuk mengakses fail daripada pusat data menjadi lebih cepat dan mudah. Malah, ia juga selamat untuk digunakan kerana segala maklumat akan melalui proses penyulitan maklumat bagi membendung masalah penyalahgunaan data. Bukan sekadar itu, proses untuk menguruskan data juga adalah fleksibel dan mudah untuk diakses oleh pengguna yang diberi kebenaran untuk mengaksesnya. Anda juga boleh memilih saiz storan mengikut kesesuaian perniagaan. Berikut merupakan antara pelan yang Unifi tawarkan untuk Unifi Cloud Storage.

3. Kaspersky Small Office Security – Keselamatan Perniagaan Lebih Terjamin

Mengambil kira kes ancaman siber yang semakin licik hari ini, Unifi Business turut menawarkan Kaspersky Small Office Security yang mudah digunakan dan dikendalikan untuk perniagaan anda. Perisian ini menggunakan sistem sekuriti yang membolehkan anda untuk membuat tetapan tanpa perlu sentiasa memasukkan data peribadi berulang kali (set and forget security). Melalui ciri tetapan sebegini, ia membantu untuk mengurangkan kebarangkalian data anda digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kaspersky Small Office Security ini juga menawarkan sistem keselamatan peranti yang baik dimana ia membolehkan pekerja untuk membuat tugasan menerusi peranti peribadi mereka. Jika pekerja anda klik pada pautan yang tidak selamat secara tidak sengaja, tidak perlu risau kerana perisian ini juga dapat melindungi perniagaan anda daripada menjadi mangsa perisian tebusan. Ini kerana sistemnya akan membuat semakan melalui ciri imbasan terbina dan juga membuat penyulitan fail serta sandaran jika perlu.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan ciri Safe Money yang memberikan anda keyakinan dalam melaksanakan transaksi kewangan tanpa sebarang kerisuan. Berikut merupakan pelan Kaspersky Small Office Security yang tersedia untuk dilanggan :

Tingkatkan Ilmu Perniagaan Anda Dengan Unifi Business Club

Selain menawarkan sistem pengurusan perniagaan yang efektif dan mudah, anda juga akan menjadi ahli Unifi Business Club secara automatik dengan hanya melanggan pelan Unifi Business. Unifi Business Club menawarkan pelbagai faedah menarik. Antaranya anda dapat menikmati bermacam-macam kandungan berinformasi termasuk webinar dan akses untuk artikel berilmiah berkaitan perniagaan, serta penawaran-penawaran lain seperti bantuan kewangan, penggalak produktiviti, platform pemasaran digital dan program penglibatan komuniti. Secara ringkasnya, faedah yang ditawarkan ini secara tidak langsung bakal memberikan anda ilmu pengetahuan tambahan dalam menguruskan perniagaan dengan lebih baik.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, penawaran Unifi Business yang merangkumi tiga pennyelesaian perniagaan di bawah satu entiti bersama faedah Unifi Business Club tentu sekali berbaloi dan memudahkan perjalanan anda terutama sekali jika anda baru menceburi bidang perniagaan. Bagi memastikan faedah ini boleh dinikmati secara meluas, anda boleh dapatkan penyelesaian perniagaan ini dan padankan dengan sambungan internet daripada Unifi Business.

Namun begitu, anda juga boleh mengubahsuai pelan anda mengikut keperluan perniagaan tersendiri. Anda juga boleh layari laman rasmi mereka untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Unifi Business dan penawaran-penawaran mereka yang lain. Jadikan Unifi Business sebagai rakan digital anda untuk tingkatkan taraf kehidupan bermula sekarang.

Penafian : Advertorial Daripada Unifi

komen


© Amanz / 2023 Kami