Twitter Blue Mungkin Berharga Sekitar RM34.90 – Untuk Mendapatkan Tanda “Biru”

Diterbitkan pada Nov 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk dengan menerajui Twitter turut telah mula menjual tanda pengesahan berwarna biru pada sesuatu akaun melalui langganan bulanan. Penawaran ini telah ditawarkan di beberapa buah negara, dan masih belum disediakan secara rasmi di Malaysia.

Namun, melalui penyenaraian ringkas apabila menggunakan VPN, Twitter Blue diperlihatkan mungkin akan ditawarkan pada harga RM34.90 untuk pasaran tempatan.

Melaluinya, beberapa penawaran akan turut disediakan, termasuk paparan iklan yang lebih terhad, selain kebolehan memuat-naik video pada tempoh lebih panjang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Twitter akan perkenalkannya untuk pasaran tempatan. Tetapi, pada harganya, adakah anda akan mendapatkannya?

komen


© Amanz / 2022 Kami