Cari @ Amanz

Realme 10 4G baru sahaja diumumkan secara global dengan janaan cip MediaTek Helio G99. Kini variasi baharu dengan sokongan 5G terbina pula dilancarkan di China. Ia bukan sahaja mempunyai perkakasan dalaman yang berbeza, malahan reka bentuknya turut sama dikemaskini.

Realme 10 5G dilengkapi skrin sebesar 6.6-inci LCD FHD+ yang dimuatkan ke dalam sebuah peranti dengan sisi tubuh yang rata dan berkotak. Padanan memori pula adalah 8GB RAM dengan storan dalaman sehingga 256GB dan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 700. Kapasiti bateri adalah sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 33W.

Sistem tri-kamera turut digunakan dengan konfigurasi 50MP (utama) + 2MP (makro) + 2MP ( potret), kemudian kamera swafoto pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan Wi-Fi 2.4/5GHz, bluetooth 5.2, bicu audio 3.5mm dan port USB-C.

Untuk harga jualan. Realme 10 5G ditawarkan di China bermula RMB1299 (~RM846) (8GB/128GB) dan RMB1599 (~RM1042) (8GB/256GB). Tiada maklumat lanjut mengenai keter-sediaannya untuk pasaran Malaysia yang diketahui setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd