Pengguna Malaysia Nikmati Kelajuan 5G Sebanyak 16.8x Ganda Lebih Pantas Berbanding 4G

Diterbitkan pada Nov 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OpenSignal kini telah mengeluarkan laporan terbaharu mereka, membandingkan penggunaan rangkaian 5G dan juga 4G di Malaysia.

Melalui purata muat-turun, ia dilihat pengguna tempatan menikmati kelajuan sehingga 16.8 kali ganda lebih pantas pada rangkaian 5G, jikalau dibandingkan dengan 4G.

Ini diperlihatkan melalui kelajuan muat-turun purata pada rangkaian 5G mencapai 284.9Mbps, berbanding hanya 16.9Mbps pada rangkaian 4G.

Untuk kadar muat-naik pula, rangkaian 5G menawarkan kelajuan 6 kali ganda lebih laju berbanding rangkaian 4G.

Dengan kelajuan yang ditingkatkan, ia juga sekaligus menawarkan pengalaman permainan video dan juga menonton video lebih baik kepada pengguna.

Buat masa ini, pengenalan rangkaian 5G masih pada peringkat awal, dan kita akan dapat melihat pengalaman penuh menggunakannya dalam bulan-bulan akan datang dengan lebih ramai mula menggunakannya.

komen


© Amanz / 2022 Kami