Monitor Gaming Zowie XL2566K TN 360Hz DyAc⁺ Kini Di Malaysia Pada RM2949

Diterbitkan pada Nov 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

BenQ kini hadir dengan satu lagi pilihan baharu untuk segmen monitor buat pasaran Malaysia. Melaluinya, Zowie XL2566K TN 360Hz DyAc⁺ telah diumumkan dengan harga jualan RM2,949 sebuah. Bagi yang berminat, ia boleh didapati menerusi kedai atas talian rasmi BenQ di Lazada dan Shopee bermula sekarang.

Untuk spesifikasi, ia merupakan sebuah monitor gaming sejenis IPS 24.5-inci dengan resolusi Full HD (1920 x 1080 piksel). Turut disertakan adalah teknologi DyAc+ untuk paparan lebih jelas dan tajam, di samping sokongan kadar segar semula 360Hz pula bagi pengalaman permainan mudah alih cukup lancar.

Sokongan XL Setting to Share turut disertakan yang membolehkan pengguna berkongsi sebarang tetapan dan rakaman video permainan bersama rakan-rakan secara terus dengan mudah. Turut memuatkan monitor gaming ini adalah ciri Black eQualizer dan kebolehan mengubah kontras warna dengan mudah untuk pilihan tetapan lebih pelbagai.

Dari segi rekaan pula, saiz bezel serba nipis digunakan dengan kebolehan mengubah ketinggian dan posisi monitor mengikut kesesuaian. Pilihan I/O pula terdiri dengan 2 X HDMI 2.0, DP 1.4 dan bicu audio 3.5mm.

komen


© Amanz / 2022 Kami