Cari @ Amanz

Kami kerap kali juga melakukan penstriman langsung di YouTube untuk produk dan berita-berita utama yang menarik perhatian pembaca. Tetapi kerap kali soalan yang ditanya oleh peserta chat hilang dalam lautan chat yang masuk bertubi-tubi. Jika anda juga pernah berhadapan dengan isu ini, YouTube memperkenalkan ciri baharu soal jawab yang memudahkan proses menapis soalan yang diberikan oleh penonton.

Menerusi ciri Q&A baharu, pemilik strim boleh memulakan siri soal jawab. Apabila penonton menjawab kepada chat Q&A, ia akan disenaraikan dengan jelas untuk dilihat oleh pemilik strim. Mereka kemudian boleh memilih untuk memaparkan soalan yang ditanyakan dengan lebih jelas kepada semua penonton. Soalan yang sudah dijawab kemudian boleh ditukar kepada soalan lain dengan mudah.

Susur masa chat kemudian boleh diubah ke Q&A, Top Chat atau chat secara langsung. Pemilik strim juga boleh melaporkan soalan yang mungkin tidak sesuai sekiranya melanggar terma serta syarat YouTube.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd