DeviantArt Hadir Dengan Penjana Grafik Berasaskan AI Tersendiri

Diterbitkan pada Nov 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat beberapa perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk menghasilkan atau menjana sesuatu gambar atau grafik, dengan input berasaskan teks sahaja. Perkara ini dijayakan melalui integrasi kecerdasan buatan.

Terbaru, DeviantArt yang popular sebagai sebuah laman sosial dikalangan peminat seni dan karya lukisan serta grafik, memperkenalkan penjana grafik berasaskan kecerdasan buatan tersendiri, dinamakan DreamUp.

DreamUp ditawarkan dengan akses kepada 5 janaan percuma, dan seterusnya pengguna perlu membeli langganan pada harga bermula $3.95 sebulan yang memberikan sebanyak 50 janaan sebulan.

Daripada percubaan kami, imej yang dijana dilihat agak baik – berasaskan kepada input teks oleh pengguna yang perlu jitu.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba DreamUp hari ini, dan melihat penghasilan karya grafik anda dengan hanya input berasaskan teks sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami