Carian
KKM : Pengundi Positif Covid-19 Tidak Dibenar Menaiki Grab Dan Kenderaan Awam
November 13, 2022 Aman

Kementerian Kesihatan Malaysia kini telah mengeluarkan nasihat am kepada para pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 kelak, termasuk berkaitan kaedah untuk pergi dan balik dari pusat pembuangan undi.

Melaluinya, para pengundi yang positif Covid-19 dinasihatkan untuk tidak menaiki kenderaan awam. Hal ini adalah termasuk untuk tidak menaiki perkhidmatan seru-pandu seperti Grab.

Langkah ini adalah dalam mengelak Covid-19 menular dikalangan pengguna perkhidmatan awam berkenaan.

KKM turut menasihatkan untuk pengundi positif Covid-19 tidak singgah ke mana-mana sebelum dan selepas mengundi.

Komen