Populasi Dunia Dijangka Mencapai 8 Bilion Orang Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Nov 13, 2022. oleh .

WHO sedia membuat jangkaan awal menggunakan data, dimana populasi dunia akan mencapai seramai 8 bilion orang pada 15 November 2022 ini, iaitu dalam masa sekitar dua hari lagi.

Peningkatan angka penduduk dunia ini turut membawa kepada beberapa petanda baik, termasuk sistem kesihatan yang lebih baik dan mudah dicapai ramai, disamping jangka hayat yang bertambah dari tahun ke tahun.

Walaubagaimanapun, kadar kelahiran baharu dilihat agak perlahan sejak 1950 lepas, dimana ia kini dibawah 1% pada 2020.

Mengikut jangkaan terbaru, UN menyasarkan populasi dunia mencapai 8.5 bilion orang pada 2030 kelak, dan 9.7 bilion orang pada 2050.

Pada masa yang sama, India dijangka akan mengatasi China dari segi populasi penduduk menjelang 2023 kelak.

komen


© Amanz / 2023 Kami