Carian
Set Kepala AR Apple Akan Menyokong Dunia 3D Dan Perkhidmatan Video
November 14, 2022 Effi Saharudin

Apple pada asalnya dijangka memperlihatkan set kepala realiti terimbuh (AR) tahun depan tetapi kini dikatakan akan ditangguhkan ke 2025. Menurut Mark Gurman di Bloomberg, antara perkhidmatan yang boleh dinikmati menerusi set kepala ini ialah dunia 3D dan juga perkhidmatan dunia.

Apple Glass Set Kepala Realiti Terimbuh

Dunia metamesta sendiri Apple akan disokong walaupun mereka mengatakan tidak akan menggunakan terma “metamesta” apabila ia dilancarkan kelak. Selain itu terdapat juga perkhidmatan video 3D yang membolehkan pelbagai kandungan imersif dinikmati. Menarik untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh Apple. Usaha awal Meta dalam dunia metamesta setakat ini tidak begitu berjaya menimbulkan persoalan adalah ia akan menjadi perlu seperti internet atau sekadar gimik seperti kaca mata 3D.

Komen