Cari @ Amanz

KEMASKINI- Vivo kini telah menerbitkan video promosi rasmi di laman Weibo yang bukan sahaja mendedahkan rekaan peranti. Malahan tarikh pelancaran rasminya yang dijadualkan berlangsung pada 22 November 2022.


Vivo X90 Pro+ bakal menjadi model kemaskini baharu untuk telefon pintar mercu daripada Vivo. Ia juga sebelum ini pernah tertiris dalam beberapa imej sebenar tular yang menunjukkan sebahagian reka bentuk pada telefon pintar. Jelas kelihatan, elemen yang digunakan adalah serupa dengan sebuah Vivo Fold+ dalam kemasan panel belakang sejenis kulit serba merah.

Terbaharu rekaannya didapati telah didedahkan secara rasminya menerusi sebuah video promosi pendek. Ia menunjukkan telefon pintar akan ditawarkan dalam dua pilihan kemasan warna, ini termasuklah variasi hitam dengan panel belakang seakan glossy. Sementara itu, elemen yang digunakan pada variasi merah adalah sama seperti yang tertiris sebelum ini.

Panel belakang turut didominasi oleh kamera yang disusun dalam sebuah modul berbentuk bulat. Melaluinya empat kamera bersama sokongan LED Flash memanjang yang diletakkan di bahagian luar. Penjenamaan Zeiss yang disertakan menunjukkan sistem pengimejan pada telefon pintar ini sekali lagi mendapat kerjasama daripada syarikat terkemuka berkenaan.

Hal yang sama turut boleh dilihat dengan jelas menerusi jalur berwarna perak dengan perkataan Extreme Imagination – Vivo | Zeiss Joint-engineered. Tarikh pelancaran untuknya dijangka berlangsung pada 22 November sepertimana yang didedahkan di penghujung video.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd