Cari @ Amanz

U Mobile hari ini mengumumkan kerjasama dengan pihak TIME, dimana mereka akan menggunakan infrastruktur TIME dalam menawarkan jalur-lebar talian tetap kepada para pelanggan.

Sebelum ini, U Mobile sedia bekerjasama dengan Allo untuk penawaran perkhidmatan jalur-lebar dengan kelajuan sehingga 1Gbps.

Dengan kerjasama bersama TIME, ia akan meningkatkan lagi kawasan liputan untuk jalur-lebar talian tetap U Mobile – meningkatkan penawaran kepada lebih 650% isi rumah berbanding pada hari ini.

Pada hari ini, U Mobile sedia menawarkan pakej jalur lebar bermula RM129 untuk 100Mbps, mencapai sehingga RM299 untuk 1Gbps. Mungkinkah dengan kerjasama bersama TIME ini, kita akan melihat penawaran kelajuan lebih tinggi ditambah selepas ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd