Honor 80 5G Akan Dilengkapi Dwi-Kamera Swafoto – Pelancaran Rasmi Pada 23 November

Diterbitkan pada Nov 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Honor 70 5G telah dilancarkan sebelum ini dengan sokonga sensor Sony IMX800, sekaligus menjadi antara telefon pintar terawal yang menggunakannya. Dengan ini, fokus utama siri berkenaan sudah semestinya terletak pada sistem pengimejan mudah alih serba baik, khususnya tangkapan gambar dalam pencahayaan rendah.

Mengulas lebih lanjut, Honor kini dalam persediaan untuk model kemaskini untuknya pula. Dikenali sebagai Honor 80 5G, pelancarannya telah dijualkan berlangsung di China pada 23 November ini. Kalai perasan, ini adalah tarikh pelancaran yang sama untuk telefon pintar dengan skrin boleh lipat kedua Honor, sekaligus pengguna kelak akan disajikan dengan lebih banyak pilihan peranti pintar.

Maklumat yang didedahkan adalah agak terhad. Buat masa ini, Honor sekadar berkongsi reka bentuknya sahaja yang mempunyai sistem tri-kamera utama di belakang. Ia diletakkan dalam satu modul kamera tetapi dibahagikan kepada dua bahagian, di samping turut sama didominasi dengan kemasan berjalur menarik pada panel belakang.

Tubuh telefon pintar juga adalah nipis dengans skrin hadapan sejenis melengkung di kedua-dua sisi. Turut disertakan adalah lubang kecil di bahagian tengah dengan sokongan dwi-kamera swofoto. Seperti biasa lebih banyak maklumat bakal didedahkan dari semasa ke semasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami