Asus Berkongsi Jadual Kemaskini Android 13 Untuk Siri Zenfone Dan ROG Phone

Diterbitkan pada Nov 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Asus menerusi kemaskini baharu di Twitter rasmi mengumumkan pengenalan untuk sistem operasi Android 13 untuk beberapa siri telefon pintar terkini keluarannya. Ini termasuklah telefon-telefon pintar di bawah siri Zenfone dan ROG Phone.

Ini termasuklah siri Asus Zenfone 8 yang dijadualkan bermula pada Disember 2022, kemudian diikuti pula dengan Zenfone 9 bermula Januari 2023. Sementara itu, ROG Phone 6D/6D Ultimate dan ROG Phone 6/6 Pro sekitar suku pertama tahun 2023. Seterusnya siri ROG Phone 5/5s pula akan menerimanya sekitar suku kedua tahun 2023.

Jangka masa khusus untuk pelancaran kemaskini mungkin berbeza mengikut negara masing-masing. Dengan penawaran Android 13, pelbagai pembaharuan disertakan pada peranti seperti kebolehan kustomasi antaramuka serta paparan, sokongan widget lebih meluas, sekuriti yang ditambah-baik dan lain-lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami