Oppo Reno 9, Reno 9 Pro Dan Reno 9 Pro+ Mungkin Berkongsi Reka Bentuk Yang Sama

Diterbitkan pada Nov 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kebanyakan telefon pintar di bawah siri Oppo Reno sering memfokuskan terhadap sistem pengimejan mudah alih yang baik. Ini termasuklah model terkini mereka iaitu siri Oppo Reno8 yang dilengkapi cip MariSilicon X sekaligus boleh dianggap sebagai pilihan lebih murah untuk Oppo Find X5 Pro.

Mengulas lanjut, model kemaskini untuk siri Reno dilaporkan dalam pembangunan. Di saat masing-masing sedang menunggu kemaskini lebih lanjut mengenainya, termasuklah tarikh pelancaran khusus. Reka bentuknya telah tertiris menerusi salah satu ciapan oleh Evan Blass di Twitter.

Boleh jadi, siri Reno9 didatangkan dalam tiga variasi berbeza yang merangkumi Reno9, Reno9 Pro dan Reno9 Pro+. Imej dikongsi menunjukkan ketiga-tiganya berkongsi reka bentuk yang sama. Dua modul kamera dengan sistem dw-kamera utama digunakan tanpa perkongsian lanjut mengenai konfigurasi. LED Flash juga disertakan dengan rekaan serupa seperti Reno8 Pro sebelum ini.

Binaan tubuh pula kelihatan nipis dengan skrin sejenis melengkung di kedua-dua sisi. Turut disertakan adalah lubang kecil untuk peletakan kamera hadapan tunggal, di samping saiz bezel yang agak nipis pada bahagian sisi dan atas. Namun tidak dapat dipastikan pula untuk bahagian dagu peranti.

Imej mendedahkan terdapat tiga warna cerun menarik seperti hijau, emas dan merah jambu. Oppo juga masih tidak diketahui sama ada akan meneruskan pengguna cip Marisilicon X pada model kemaskini baharu ini atau sebaliknya. Tiada tarikh pelancaran khusus yang didedahkan setakat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami