Beam Menawarkan Diskaun 15% Untuk Pengguna Bersempena PRU15

Diterbitkan pada Nov 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15, kini Beam hadir dengan penawaran diskaun sebanyak 15% untuk semua penggunaan sehingga 20 November 2022 kelak.

Diskaun ini ditawarkan dalam usaha memudahkan orang ramai untuk ke pusat mengundi. Bersama diskaun 15%, pengguna turut akan diberikan diskaun RM1.50 sekiranya menamatkan pemanduan tempat letak Beam di pusat mengundi.

Bagi yang tidak mengenali akan Beam, ia menawarkan khidmat sewa-pakai skuter elektrik – yang biasanya memudahkan pengguna ke sesuatu lokasi dari stesen keretapi dan sebagainya. Ia ditawarkan sebagai alternatif untuk bergerak ke lokasi-lokasi berhampiran, tanpa perlu berbelanja banyak mendapatkan teksi atau Grab.

komen


© Amanz / 2022 Kami