Cari @ Amanz

WhatsApp kini mengemaskini aplikasi WhatsApp Beta, sekaligus menambah sebuah ciri baharu yang memaparkan sokongan untuk WhatsApp pada tablet Android.

Melalui kemaskini WhatsApp Beta terbaru ini, pengguna boleh pautkan peranti baharu, iaitu tablet Android. Untuk menggunakannya, pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turun WhatsApp pada tablet – dan seterusnya memautkan ia kepada nombor telefon anda dengan mengimbas kod QR pada aplikasi WhatsApp di telefon.

Buat masa ini, pihak WhatsApp masih melabelkan ia sebagai Beta – dan belum ditawarkan secara meluas lagi.

Apa pun, dengan penawaran pada peringkat beta ini, ia sekaligus memberikan petanda ciri ini bakal dilancarkan kepada umum dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd