Saham Syarikat Disebalik Shopee Sedia Jatuh 87% Setakat Ini Dari Nilai Puncak

Diterbitkan pada Nov 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada minggu ini, SEA, iaitu syarikat induk disebalik Shopee bakal melakukan pengumuman penyata kewangan untuk suku tahunan terbaharu. Selari dengannya, kini beberapa penganalisa menyasarkan saham Sea mungkin terus jatuh disebabkan ketidak-tentuan ekonomi, disamping disebabkan prestasi syarikat tersebut secara menyeluruh.

Mengikut perkongsian Bloomberg, setakat ini sahaja, saham Sea telah jatuh 87% daripada nilai puncaknya sebelum ini. Ia turut memberikan kesan kepada kejatuhan nilai kekayaan pengasasnya – disamping membawa kepada beberapa pelabur yang keluar daripada pegangan saham syarikat Sea. Sebelum ini, sesaham Sea mencapai nilai $355.99, tetapi kini didagangkan pada nilai $49.

Sea dilihat menghadapi kerugian apabila mereka cuba memperluaskan pasaran meliputi sejumlah pasaran global, tetapi gagal. Dan pada masa yang sama terkesan dengan halangan di India – termasuk pada permainan Free Fire.

Buat masa ini, pihak Sea dalam proses menstruktur kembali operasi dalam menguntungkannya – termasuk pihak pentadbir yang telah mengumumkan tidak akan mengambil gaji sehingga ia kembali beroperasi dengan baik.

komen


© Amanz / 2023 Kami