Honor Magic Vs Sah Akan Mempunyai Sokongan Stylus

Diterbitkan pada Nov 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sokongan stylus adalah perlu bagi sebuah tablet untuk menjadikannya peranti produktiviti sebenar. Menerusi beberapa imej acah yang dikongsi hari ini, nampaknya Honor Magic Vs akan menjadi sebuah lagi peranti skrin boleh-lipat dengan sokongan stylus.

Ini membuatkan peranti mercu ini setanding dengan Galaxy Fold4 dan Mate Xs 2 yang turut mempunyai sokongan stylus. Namun begitu stylus yang diberikan masih tidak diberikan secara terbina. Jika stylus terbina penting bagi anda, siri Galaxy S22 Ultra masih lagi pilihan yang terbaik.

Honor Magic Vs akan dilancarkan di China pada 23 November hadapan dengan ia akan menggunakan cip terkini Snapdragon 8 Gen 2 yang akan turut dilancarkan beberapa hari sahaja lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami