Perkhidmatan Storan Awan, Amazon Drive Akan Ditamatkan Pada 31 Disember 2023

Diterbitkan pada Nov 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amazon kini memaklumkan para pengguna perkhidmatan storan awan mereka, Amazon Drive, yang mana perkhidmatan tersebut akan ditamatkan pada 31 Disember 2023 kelak.

Sebab disebalik penamatan ini tidak dinyatakan. Buat masa ini, Amazon telah membuang aplikasi Amazon Drive di Google Play dan juga App Store. Bergerak ke hadapan, pada 31 Januari 2023 kelak, Amazon akan menamatkan ciri untuk muat-naik ke Amazon Drive.

Pengguna boleh memuat-turun semua data dan fail mereka daripada perkhidmatan tersebut sehingga 31 Disember 2023, sebelum perkhidmatan tersebut akan ditamatkan sepenuhnya – dan ia tidak lagi boleh diakses.

Bagi anda yang menggunakan Amazon Drive, mungkin boleh memulakan proses pemindahan ke platform lain secepat mungkin.

komen


© Amanz / 2022 Kami