Fon Telinga Nirwayar Vivo TWS 3 Bakal Dilancarkan Pada 22 November

Diterbitkan pada Nov 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu di China pada 22 November ini. Melaluinya, mereka bakal hadir dengan telefon pintar mercu baharu menerusi model Vivo X90 Pro+. Reka bentuknya juga telah didedahkan secara rasmi menerusi video promosi pendek yang dimuatnaik menerusi laman Weibo rasmi sebentar tadi.

Aacara berkenaan bagaimanapun tidak sekadar memperlihatkan pengenalan untuk telefon pintar. Malahan fon telinga nirwayar Vivo TWS 3 juga akan diperkenalkan sebagai variasi kemaskini untuk aksesori audionya. Ia merupakan set fon telinga nirwayar jenis dalam telinga dengan putik silikon. Turut disertakan adalah pod pengecas berbentuk bujur dengan pilihan warna klishe yang kebiasaannya boleh ditemui pada set fon telinga nirwayar daripada Vivo, iaitu biru gelap dan putih.

Maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan setakat ini agak terhad. Di mana ia sekadar disahkan menyokong sistem audio Hi-Fi. Seperti biasa, segalanya bakal diketahui selepas dilancarkan secara rasmi kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami