MSI Malaysia Mengadakan Jualan Bersempena Perayaan Krismas

Diterbitkan pada Nov 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi anda yang masih lagi sedang mencari sebuah peranti gaming untuk diri anda ataupun yang tersayang pada hujung tahun ini, MSI Malaysia sudah mula mengadakan acara jualan bersempena perayaan Hari Krismas pada penghujung tahun ini.

Bermula dari 14 November sehingga 31 Disember 2022, MSI Malaysia akan menjual sejumlah komputer-komputer riba berkuasa mereka dengan tawaran diskaun sehingga RM2000. Model-model yang akan dijual termasuklah:

  • MSI GT77 Titan – RM16,999 (RM18,899)
  • MSI Stealth GS77 – RM15,999 (RM17,999)
  • MSI Raider GE77HX – RM12,499 (RM13,999)
  • MSI Katana GF66 – RM6499 (RM7999)

Bermula 14 November sehingga 27 November pula, MSI Malaysia juga mula menawarkan diskaun sehingga RM800 untuk sejumlah komputer riba produktiviti MSI Modern mereka. Diantara model-model yang akan menerima tawaran ini termasuklah:

  • MSI Modern 15 (AMD Ryzen) – RM2699 (RM3199)
  • MSI Modern 15 (Intel Core) – RM2899 (RM3599)
  • MSI Modern 14 (Intel Core) – RM2199 (RM2999)

Setiap pembelian untuk komputer-komputer riba ini juga akan hadir dengan hadian percuma seperti beg galas ataupun tetikus berwayar.

Untuk anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai butiran-butiran komputer riba yang ditawarkan, anda boleh ke laman sesawang MSI Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami