Wiko Bakal Menawarkan Fon Telinga Nirwayar Di Malaysia Melalui Buds 10

Diterbitkan pada Nov 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Wiko sedia hadir dengan penawaran produk berupa telefon pintar tersendiri menerusi beberapa model. Ini termasuklah Wiko 10 yang dijual pada RM699, Wiko T10 berharga RM429 dan Wiko T50 pula bernilai RM899.

Terbaharu mereka dalam perancangan hadir dengan aksesori audio pula dalam usaha memperluaskan portfolionya di pasaran ini. Melaluinya Wiko Buds 10 bakal diumumkan secara rasminya pada 18 November 2022. Ketersediaan serta harga jualan masih tidak diketahui setakat ini, tetapi kami akan berkongsi kemaskini selanjutnya dalam artikel yang akan datang.

Wiko Buds 10 merupakan set fon telinga nirwayar jenis separa terbuka dengan gabungan pod pengecas berbentuk segi empat. Ia kemudiannya digabungkan dengan sepasang pemandu audio sebesar 12mm yang turut menyokong sistem pembatalan hingar aktif terbina. Kawalan sesentuh disokong oleh fon telinga ini yang merangkumi kebolehan tekan dan tahan untuk sokongan lebih pelbagai.

Tambatan pantas adalah menerusi sambungan Bluetooth 5.2, di samping turut melepasi penarafan IPX4 sebagai pelindungan tambahan. Bateri 500mAh yang digunakan menjanjikan ketahanan sehingga 30 jam penggunaan dengan bantuan pod pengecas dan ANC dimatikan. Proses pengecasan semula pula adalah sekitar satu jam.

komen


© Amanz / 2022 Kami