Cari @ Amanz

Google dan masalah privasi pengguna berpisah tiada. Pada awal tahun ini, syarikat gergasi teknologi tersebut telah disaman oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana kesalahan penjejakan lokasi.

Ia berlaku apabila Google didapati tidak memberitahu pengguna bahawa lokasi mereka masih lagi dijejak walaupun fungsi tersebut dipadamkan pada peranti-peranti mereka. Malah, data yang dikumpul oleh Google ini telah membolehkan syarikat tersebut mendapatkan keuntungan daripada data tersebut.

Siber Sekuriti Mangga

Terkini, Google telah didapati bersalah keatas pertuduhan tersebut dan telah disaman $392 juta (~RM1.8 bilion) kepada kerajaan negeri Washington, DC, Texas, Washington State, dan Indiana dalam pembayaran saman terbesar berkenaan isu privasi setakat ini.

Kes saman Google belum berakhir lagi kerana kerajaan Texas juga telah memfailkan satu lagi saman terhadap syarikat tersebut dimana Google mengumpul pula data biometrik pengguna tanpa kebenaran dan pengetahuan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd