Carian
Twitter Akan Menghentikan Paparan Sumber Ciapan Seperti “Twitter For iPhone”
November 15, 2022 Fahim Zahar

Antara perkara yang pada saya seronok untuk lihat pada Twitter adalah, mengetahui sesuatu ciapan itu dihantar melalui Twitter pada iPhone, web atau peranti Android. Ia akan menjadi lucu apabila jenama peranti Android mempromosikan peranti mereka di Twitter dengan ciapan menggunakan iPhone.

Antara yang tular adalah Gal Gadot mempromosikan Huawei Mate 10 Pro menggunakan iPhone dan didedahkan oleh YouTuber, MKBHD. Lain adalah Google yang kerap mempromosikan peranti Pixel dengan ciapan pada iPhone dan banyak lagi.

Terkini, Elon Musk mendedahkan yang Twitter kelak tidak lagi akan memaparkan sesuatu ciapan itu dihantar melalui peranti apa. Perkara ini dikatakan membazir ruang skrin dan kuasa pemprosesan dan akan membantu Twitter untuk menjadi lebih lancar.

Menurut Elon, di Amerika Syarikat Twitter mengambil masa sekitar 2 saat untuk memuat dan ia dikatakan adalah perlahan. Sementara di India mencapai sekitar 20 saat untuk memuat Twitterm berpuluh kali ganda lebih perlahan. Selain itu, pelbagai microservices akan dibuang bagi memastikan Twitter lebih pantas.

Komen