Samsung Galaxy Tab S8 Adalah Tablet Pertama Menerima Kemaskini Android 13

Diterbitkan pada Nov 15, 2022. oleh .

Samsung kini adalah antara pengeluar peranti yang mementingkan kemaskini perisian. Baik kemaskini tampalan sekuriti atau kemaskini sistem operasi, mereka adalah antara yang terpantas. Sudah banyak peranti mereka menerima kemaskini tampalan sekuriti November 2022 dan Android 13, sedangkan jenama lain masih dalam ujian beta atau masih lagi dengan tampalan sekuriti berbulan lamanya.

Terkini, Samsung Galaxy Tab S8 telah menjadi tablet Android pertama menerima kemaskini Android 13. Samsung mula mengedarkan kemaskini One UI 5.0 untuk Galaxy Tab S8, Galaxy Tab S8+ dan Galaxy Tab S8 Ultra. Kemaskini ini turut hadir dengan tampalan sekuriti November 2022.

Buat masa ini, hanya siri Galaxy Tab S8 di Eropah sahaja menerimanya dan negara lain akan menerima kemaskini ini secara berperingkat.

One UI 5.0 memberikan ciri kustomasi yang lebih mendalam, lebih banyak ciri sekuriti, sistem widget baharu dan banyak lagi.

komen


© Amanz / 2023 Kami