(Dikemaskini) Amazfit Pop 2 Dilengkapi Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 10 Hari

Diterbitkan pada Nov 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

KEMASKINI – Amazfit kini berkongsi harga jualan rasmi untuk peranti boleh pakai yang ditawarkan pada Rs.3,999 iaitu kira-kira RM223 seutas. Terdapat beberapa pilihan warna yang disediakan seperti Black dan Pink.


Beberapa ciapan di Twitter Amazfit India menunjukkan terdapat seutas peranti boleh pakai baharunya bakal diumumkan tidak lama lagi. Dinamakan sebagai Amazfit Pop 2, rekaan dan penawaran spesifikasinya turut telah tersenarai menerusi laman web rasmi.

Ini adalah variasi kemaskini buat Amazfit Pop yang pernah diumumkan di China sebelum ini. Peranti boleh pakai ini mempunyai rekaan kerangka berbentuk empat segi dengan padanan tali silikon bercangkuk standard. Satu butang kuasa fizikal dengan tanda berwarna merah turut disertakan pada bahagian sisi kanan kerangka.

Skrin adalah sejenis AMOLED bersaiz 1.78-inci dengan resolusi HD. Ini sekaligus memboleh ciri Always On Display turut digunakan pada jam tangan ini. Pelbagai mod sukan terbina disertakan dengan pilihan yang melebihi 150 jenis, di samping turut menyokong ciri panggilan bluetooth. Kapasiti bateri tidak pula didedahkan tetapi diiklankan mampu bertahan sehingga 10 hari.

Tiada harga jualan dan tarikh pelancaran rasmi yang diketahui setakat ini. Pun begitu, lebih banyak maklumat yang bakal dikongsikan dalam masa terdekat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami