Pelayar Web Opera Menambah Akses Pantas Ke TikTok

Diterbitkan pada Nov 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelayar web Opera kini menambah akses pantas ke TikTok, sekaligus menjadikan ia pelayar web pertama di dunia mengintegrasikan sokongan tersebut.

Dengan langkah ini, para pengguna boleh mengakses TikTok dengan pantas pada Opera melalui bahagian sidebar-nya. Ia sekaligus memudahkan anda menyemak perkongsian kandungan baharu pada perkhidmatan TikTok – selain turut melihat kemaskini semasa dari segi komen dan interaksi sekiranya anda penerbit aktif di TikTok.

Ini bukan kali pertama Opera mengintegrasikan sokongan seumpamanya. Sebelum ini, mereka turut sedia menambah ciri akses pantas ke Spotify, Instagram, WhatsApp dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin menikmati ciri ini, boleh mengemaskini pelayar web anda, dan menikmati TikTok dengan lebih mudah menggunakan TikTok.

komen


© Amanz / 2022 Kami