Cari @ Amanz

Nama paling besar dalam dunia aksesori sekarang mungkin Nike dengan peralatan mereka digunakan oleh atlet ternama, digunakan oleh pasukan paling berjaya dan mempunyai nilai jualan semula yang tinggi. Untuk memastikan mereka terus di hadapan pesaing, Nike melancarkan .SWOOSH.

.SWOOSH ialah platform untuk menjual pelbagai aksesori sukan secara maya seperti kasut dan jersi. Selepas dibeli ia boleh digunakan dalam permainan video dan juga pada platform metamesta. Ia akan memulakan operasi pada 18 November tetapi koleksi digital pertama akan hanya ditawarkan Januari 2023.

Ia akan menjadi tempat untuk komuniti peminat Nike untuk membeli, menjual dan menghasilkan produk digital sendiri. Permainan video mana dan platform metamesta mana yang akan menyokong aset digital yang dibeli menerusi .SWOOSH masih belum diumumkan setakat ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd