Cari @ Amanz

Syarikat induk sebalik Shopee, iaitu Sea, kini dilihat telah menghentikan sekitar 7,000 pekerja atau hampir 10% tenaga kerjanya dalam tempoh 6 bulan kebelakangan ini. Malah, baru-baru ini, menurut Bloomberg, pada minggu ini Shopee sendiri telah membuang sekitar 100 pekerja.

Sea mengatakan langkah pengurangan pekerja ini adalah dalam meningkatkan serta mengoptimasi pengoperasian syarikat mereka.

Sebelum ini, syarikat Sea turut terjejas apabila mereka aktif memperluaskan perkhidmatan ke negara-negara lain, tetapi gagal berjaya di negara lain sekaligus membuatkan pelaburan berkenaan kerugian. Pada masa yang sama, mereka juga terkesan dengan sekatan di India untuk permainan seperti Free Fire.

Sea dijangka mengumumkan penyata kewangan terbaru pada minggu ini, dimana kita akan dapat melihat lebih lanjut berkaitan kedudukan semasa syarikat tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd