Waze Kini Menawarkan Jangkaan Masa Ketibaan (ETA) Mengikut Corak Pemanduan Anda

Diterbitkan pada Nov 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Waze sebelum ini sedia menawarkan jangkaan masa ketibaan (ETA) mengikut keadaan trafik di jalan raya. Tetapi, kini, dalam usaha menawarkan jangkaan masa lebih jitu, Waze turut mengintegrasikan ciri pintar untuk menawarkan jangkaan masa ketibaan mengikut corak pemanduan.

Ciri ini sudah boleh diaktifkan melalui aplikasi Waze pada hari ini. Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu ke halaman tetapan, dan seterusnya memilh Navigation. Kemudiannya, aktifkan ciri yang dilabelkan sebagai “Personalise Your ETA”.

Melalui ciri ini, Waze akan menganalisa corak pemanduan anda sebelum-sebelum ini, dan seterusnya mengira dan menawarkan masa ketibaan anda yang dijangka ke sesuatu lokasi.

Bagi anda yang kerap menggunakan Waze, mungkin boleh cuba ciri baharu ini pada peranti anda hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami