Cari @ Amanz

Saluran YouTube, MrBeast kini mencatatkan sejarah tersendiri, apabila dilihat telah pun mengatasi jumlah angka langganan saluran PewDiePie, sekaligus memposisikan MrBeast sebagai saluran YouTube berbentuk individu dengan angka langganan paling tinggi di dunia.

Ketika artikel ini ditulis, MrBeast mempunyai seramai 111 juta langganan di saluran YouTube.

MrBeast agak aktif dalam menerbitkan video-video berbentuk cabaran, dan mengikut anggaran kasar, saluran tersebut dijangka menghasilkan pendapatan sekitar $5 juta setiap bulan. Dengan angka langganan tinggi juga, ia meletakkan MrBeast antara YouTuber dengan bayaran bulanan tertinggi di dunia.

Selain saluran YouTube, MrBeast juga turut memperluaskan jenama dengan menawarkan MrBeast Burger sebelum ini. Sebelum ini, ia telah diperkatakan beliau sedang meraih dana pelaburan berjumlah $150 juta dalam terus memperkembangkan empayar perniagaan beliau.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd