Carian
Honor 80 Mungkin Dilengkapi Snapdragon 782G, Variasi Pro Menggunakan Snapdragon 8+ Gen 1
November 16, 2022 Amy Maizuraa

Honor telah menjadualkan sebuah acara pelancaran di China pada 23 November ini. Terdapat sejumlah produk baharu yang bakal diumumkan, termasuklah siri Honor 80 5G. Ini merupakan model kemaskini untuk siri Honor 70 yang diumumkan sekitar pertengahan tahun ini.

Mengulas lebih lanjut, reka bentuknya telah diperlihatkan sepenuhnya menerusi beberapa ciapan di Weibo. Kali ini giliran maklumat spesifikasi utama telefon pintar ini pula telah ditemui. Setakat yang diketahui, siri ini terdiri dengan beberapa variasi berbeza.

Ini termasuklah Honor 80 yang dilaporkan hadir dengan cip Snapdragon 728G. Cip ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh Qualcomm dan tiada ura-ura mengenainya didengari setakat artikel ini ditulis. Sementara itu, variasi pro pula menggunakan Snapdragon 8+ Gen 1.

Dalam pada itu, terdapat juga kebarangkalian variasi SE turut diumumkan sama yang dikhabarkan lengkap dengan cip MediaTek Dimensity 1080. Seperti biasa, Honor semestinya akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai telefon baharu mereka ini dari semasa ke semasa.

Komen