Cari @ Amanz

Pelbagai barangan milik Steve Jobs sedia dilelong pada nilai yang tinggi sebelum ini, disebabkan oleh nostalgianya. Menariknya, kini sepasang sandal terpakai milik Steve Jobs dilelong, dan dibeli pada nilai $218,750 (~RM990,000).

Sandal berjenama Birkenstock Arizonas ini dikatakan telah digunakan oleh Steve Jobs pada 70-an dan 80-an ketika memulakan Apple. Lelongan ini ditawarkan bersama sandal tersebut, dan juga sebuah NFT yang melengkapkannya.

Sandal ini telah dijumpai daripada sampah oleh pengurus perumahan Steve Jobs, dan seterusnya dilelong kepada umum. Ia tidak dimaklumkan siapakah yang membeli sandal milik Steve Jobs ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd