Spotify Kini Menyokong Penerbitan Podsiar Video Di Malaysia

Diterbitkan pada Nov 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Spotify hari ini memperluaskan penawaran penerbitan podsiar dalam bentuk video ke seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Dengan langkah ini, pengguna boleh menerbitkan sebarang podsiar mereka dalam bentuk audio ataupun video melalui platform Anchor, dan ia akan diterbitkan ke Spotify.

Sebelum ini, ciri podsiar video ini hanya ditawarkan di beberapa negara, terutamanya di Amerika Syarikat sahaja.

Dengan langkah penawaran ini, ia membolehkan pengguna turut menikmati kandungan podsiar dalam bentuk visual. Sebelum ini, perkara tersebut didominasi oleh YouTube, dan kini Spotify turut menyediakan ruangan untuknya.

Bagi anda yang menerbitkan podsiar, boleh mencuba menerbitkan podsiar berbentuk video melalui Spotifu hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami